18 December 2009

Tak Nak!

masuk hari ini mark 18 hari tanpa hisap rokok. satu pencapaian yang cemerlang sejak cubaan demi cubaan untuk berhenti gagal. berikut adalah fakta yang aku dapat dari http://www.iwanttoquitsmoking.com.my/johnsonjohnson/bm/whathappens.html

Apakah yang berlaku apabila anda berhenti merokok?

Selepas 12 jam anda berhenti merokok, badan anda akan mula memulih secara spontan. Paras karbon monoksida dan nikotin dalam sistem badan anda akan turun secara mendadak, dan jantung serta peparu anda akan membaikpulih kerosakan yang disebabkan oleh penghisapan rokok.

Carta di bawah menerangkan perubahan dramatik yang berlaku dalam badan anda selepas anda berhenti merokok:

Hari 1

Beberapa jam selepas berhenti merokok, semua kesan karbon monoksida telah disingkirkan daripada badan anda.

Hari 2

Semua hasil sampingan rokok disingkirkan dari sistem badan anda dan deria rasa dan bau anda juga bertambah peka.

2 hingga 3 minggu

Kesan gian rokok telah hilang.

3 minggu

Lapisan silium, ujuran berupa rerambut dalam peparu anda mula menyingkirkan tar dan lendir yang terkumpul di dalam peparu dan menyebabkan anda terbatuk keluar benda-benda ini.

4 minggu

Anda berasa lebih mudah untuk bersenam dan mendaki anak tangga kerana pengaliran udara ke dalam peparu anda telah bertambah.

2 bulan

Pengaliran darah ke anggota kaki dan tangan bertambah baik , maka suhunya dinaikkan semula ke suhu badan normal.

1 tahun

Risiko mendapat penyakit jantung telah berkurang separuh berbanding dengan seseorang yang masih merokok.

10 hingga 15 tahun

Selepas 10 hingga 15 tahun, risiko kematian awal diminimumkan seperti mereka yang tidak pernah merokok. 10 tahun selepas berhenti merokok, risiko kematian akibat kanser paru-paru adalah 30 hingga 50 peratus lebih rendah daripada golongan yang masih merokok.

Dalam jangka masa ini, kemungkinan besar anda juga akan mengalami simptom-simptom gian rokok, iaitu tindakblas badan anda terhadap kekurangan nikotin. Simptom-simptom gian rokok adalah berbeza bagi individu, dari sakit kepala, kerisauan, cepat marah/panas baran, keletihan, hingga insomnia dan juga rasa loya. Perubatan, sokongan sosial kaunseling dan perubahan gaya hidup sedikit sebanyak dapat meringankan simptom-simptom ini, tetapi tidak mampu menghilangkan kesemuanya

2 comments:

Azalina M.Salleh said...

cubaan yg sangat bijak..
chayokkkk

jep said...

good luck dude..semoga berjaya...untuk masa depan yang lebey cerah tanpa Tar...udah udah laa tar di atas jalan raya